Tuesday, April 21, 2009

sejarah pss



1925: Sekolah ini ditubuhkan Bangunannya terletak di tepi Jalan Besar dan di perbuat daripada kayu.



1949: Lembaga Pengurus Sekolah bermesyuarat untuk membina sekolah baru kerana murid bertambah hingga 120 orang.

1950: Jawatankuasa tersebut berjaya mengumpul kutipan wang sebanyak $20,000.00 untuk tujuan tersebut.





1951: Berpindah ke bangunan baru pada 24 Jun. Bangunan ini mengandungi 5 buah bilik darjah. Tarikh ini ditetapkan sebagai harijadi sekolah.

1958: Pihak sekolah menerima bantuan penuh daripada Kerajaan.

1962: Penambahan dua buah bilik darjah kerana murid meningkat hingga 180 orang.

1992: Mula merancang membina bangunan baru sekolah Timbalan Menteri Pendidikan Dr. Fong Chan Onn melawat sekolah ini.

1994:“Konsert Amal Anjuran Tiger Beer” berjaya mengumpulkan RM120,000.00.

1997: Bangunan Baru dua tingkat siap dibina dan dirasmikan oleh Y.A.B. Dazto’ Seri Haji Mohd. Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad, SPNS, PSM, DSNS, PMC, Menteri Besar NSDK.

1999: Kelab Komputer ditubuhkan Kini mempunyai 10 buah Komputer





2001: Membina Taman Burung, Kolam ikan dan air pancut, Gelanggang Badminton dan Makmal Komputer.



2004: - Bangunan Lama Blok A telah diroboh dan diganti dengan satu deret Bangunan Baru yang bernilai RM200,00.00.


- Satu kelas lama di dibaikpulih dan dijadikan Kelas Prasekolah. Perbelanjaan membaikpulih menelan belanja RM48,000.00. Jumlah nilai kelengkapan bernilai RM100,000.00







Makmal Komputer dibaikpulih dan dilengkapi dengan perabot-perabot, alatan-alatan komputer telah siap dan digunakan sepenuhnya.




- Pintu pagar kedua di bina dan Tempat Letak Kereta Guru dibina untuk kemudahan bersama.

2005: - Membina Bilik Air yang dilengkapi dengan mandian ‘shower; sinki cuci tangan, satu mangkuk tandas serta satu lagi ruang sinki untuk kemudahan guru-guru mencuci pinggan mangkuk dan mencuci tangan.





2006: - :“Konsert Amal Anjuran Tiger Beer” untuk membina dewan serbaguna sekolah bernilai RM 500, 000

2008: - Pada 30 November, Majlis Pecah Tanah telah disempurnakan secara rasminya oleh YB Datuk DR Ong Tee Keat Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Presiden MCA di atas tapak pembinaan.

2009: - Kerja-kerja pembinaan dewan serbaguna sekolah dimulakan pada bulan Mac dan Dewan serbaguna ini siap sepenuhnya pada bulan Jun.





































































































































































































































































































































































































































No comments:

Post a Comment